22 April 2012

Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 4

Rancangan Pelajaran Harian (1)
Tarikh/ Hari                :           16.04.2012 ( Isnin )                                 
Masa                           :           9.00 pagi –10.00pagi                                      
Kelas                           :           4 Bestari                                                  
Bil. Pelajar                  :           10 orang                                                                       
 Mata Pelajaran         :           Bahasa  Malaysia
Tema                           :           Keluargaku Sayang
    
Tajuk                           :            Keluarga Bahagia
Fokus Utama(FU)       :           1.1. Berbual Tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian
       dengan  menggunakan kata ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan 
       nada yang sesuai.
Fokus Samping(FS)    :           5.2. Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
       yang betul dan lancer serta memahami perkara yang dibaca.
Objektif                       :           Pada akhir tajuk ini, murid-murid dapat;
1.      Berbual dan menyenaraikan dalam ayat sekurang-kurangnya tiga maklumat tentang cirri-ciri keluarga bahagia yang diidami.
2.      Menyatakan dan mencatat sekurang-kurangnya tiga peranan ahli keluarga berdasarkan bahan.
Pengetahuan sedia ada:        Murid-murid mengalami suasana kekeluargaan semasa di rumah serta memahami hidup berkeluarga.  
Konsep                       :           Hubungan Kekeluargaan dengan kasih sayang
Bahan                         :           Gambar-gambar Keluarga , CD, Buku Teks

Nilai Murni                :            Kasih Sayang , Bekerjasama dan Bersyukur
Kemahiran                 :           Kemahiran Berfikir - Menjana idea
Strategi Pengajaran  :           Pembelajaran Kontekstual – Hidup Berkeluarga
Langkah / Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
              Catatan             
Aktiviti guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
1.Guru mempamerkan gambar sebuah keluarga.

- Guru  mempamer  gambar sebuah keluarga dalam sambutan Hari Raya.
-Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan diajar.
-Bersoaljawab dengan murid mengenai gambar tersebut.
Jangkaan jawapan murid.
-Ayah
-Ibu
-Abang
-Kakak
-Adik

-Murid   melihat dan meneliti gambar yang dipamerkan oleh guru.
-Murid menjana idea berkaitan dengan gambar  yang dipamerkan.


Bahan Bantu Mengajar
-     Benda maujud produk makanan.
Kecerdasan Pelbagai :
-    Verbal linguistik
-    Interpersonal
-    Kontekstual
-    Intrapersonal

Kemahiran Berfikir :
-    Menjana idea
-     Mengenal pasti
-     Menghubungkait-kan




Perkembangan
Aktiviti 1
(10minit )
-Murid memejamkan mata sambil membayangkan kehidupan anggota keluarga mereka pada sangat membahagiakan.
(Rujuk Buku Teks B.Melayu  hal.2)

-Guru menyoal beberapa orang murid tentang ciri-ciri keluarga bahagia yang diidamkan oleh mereka.
-Guru bersoal jawab dengan murid-murid.

1. Beberapa orang murid diminta membaca petikan teks yang tersebut.

2.  Murid dibimbing oleh guru untuk membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.  Murid-murid  menyenarai-kan perkataan dicetak berwarna dalam petikan.



Bahan Bantu Mengajar:
-Buku Teks Bahasa Melayu.

Kecerdasan Pelbagai :
-    Verbal linguistik
-    Interpersonal


Kemahiran Berfikir :
-     Menjana idea
-     Menghubungkait-kan
-     Mengenal pasti idea


Nilai murni :
-Menghargai
-Disiplin
-Bertanggung-jawab

Aktiviti 2
15minit
-Secara berpasangan, murid berbual tentang keluarga masing-masing.

-Guru mengarahkan murid untuk berbual dengan rakan di sebelah berkaitan dengan keluarga masing-masing.
-Guru menyoal murid tentang :
a.Ibu
b.Bapa
c.Abang atau Kakak
-Murid bercerita dengan rakan mereka tentang keluarga masing-masing.
-Murid bercerita berdasarkan soalan guru
Kemahiran Berfikir :
-Menjana idea
Menyusun atur
Aktiviti 3
(15minit)

Aktiviti Pengukuhan
-Lembaran kerja
-Aktiviti kumpulan
-Aktiviti Pengayaan dan Pemulihan

Nota:
Rujuk Lampiran Lembaran kerja

-Guru mengedarkan lembaran kerja berkaitan dengan tajuk pelajaran
-Guru memberi bimbingan kepada murid yang masih tidak memahami
-Murid menerima lembaran kerja dari guru.
-Murid menulis jawapan dalam lembaran kerja yang di edarkan.
Kemahiran Berfikir :
-Menjana idea
-Menghubungkait-kan
-Mengenal pasti idea

Aktiviti 4
(10minit)
Semakan tugasan Dan Bimbingan

-Guru menyemak tugasan murid
-Guru memberi bimbingan
-Guru minta murid membuat pembetulan jika ada kesilapan.
-Murid menghantar tugasan kepada guru.
-Murid menerima bimbingan dari guru.
-Murid yang membuat kesilapan akan membuat pembetulan.
Tatabahasa:
-Kata Nama

Kosa kata
-asuh
-jaga
-hidup bahagia
Penutup
( 5 minit )
Rumusan Isi Pelajaran.
-Guru merumus isi pelajaran dan penerapan nilai murni


-Guru membuat rumusan berkaitan apa yang telah dipelajari
-Guru menerapkan unsur nilai murni dalam keluarga.
-Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru.
-Murid membuat latihan pengayaan.
Kecerdasan Pelbagai :
-    Verbal linguistik
-    Interpersonal

Nilai murni :
-Menghargai jasa ayah dan ibu
-Kesyukuran
-Tanggungjawab

Impak :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,  murid-murid dapat membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. Murid-murid juga aktif  semasa sesi soal jawab. Murid-murid dapat mencari makna perkataan daripada petikan yang diberi. Murid-murid dapat membina ayat daripada perkataan yang diberi.dan dapat menyatakan mesej yang terdapat dalam petikan.Selain itu,murid-murid dapat menjawab soalan kefahaman yang dikemukakan.

23 March 2012

Ada Masalah PJJ? Hubungi Segera.

Sekiranya terdapat masalah dengan PJJ anda, sila klik link berikut untuk info selanjutnya.

PJJ UPSI 

Jadual Tutorial....Mesti Hadir


Bersama ini disertakan Jadual Tutorial yang 'WAJIB' hadir. Sila patuhi dan saling mengingatkan ahli-ahli kita khasnya JB02.

18 March 2012

Bayaran Modul

PERINGATAN....sila buat pembayaran dengan kadar segera. Kegagalan membuat pembayaran selepas 30 Mac 2012 maka akan mengakibatkan akses akaun MyGuru3 anda akan disekat.Pastinya akan menyulitkan anda. Jika tak pasti bagaimana nak bayar modul tersebut,insyallah saya boleh pandukan caranya.

15 March 2012

Kerja Kursus & Forum

Tugasan mencipta Blog akan mula di upload pada 1 April 2012. Sudahkah anda bersedia dengan ciptaan blog anda. Sama-sama kita cuba buat yang Terbaik.