Rancangan Pelajaran Harian (1)
Tarikh/ Hari : 16.04.2012 ( Isnin )
Masa : 9.00 pagi –10.00pagi
Kelas : 4 Bestari
Bil. Pelajar : 10 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Keluargaku Sayang
Fokus Utama(FU) : 1.1. Berbual Tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan
nada yang sesuai.
Fokus Samping(FS) : 5.2. Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancer serta memahami perkara yang dibaca.
Objektif : Pada akhir tajuk ini, murid-murid dapat;
1. Berbual dan menyenaraikan dalam ayat sekurang-kurangnya tiga maklumat tentang cirri-ciri keluarga bahagia yang diidami.
2. Menyatakan dan mencatat sekurang-kurangnya tiga peranan ahli keluarga berdasarkan bahan.
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid mengalami suasana kekeluargaan semasa di rumah serta memahami hidup berkeluarga.
Konsep : Hubungan Kekeluargaan dengan kasih sayang
Bahan : Gambar-gambar Keluarga , CD, Buku Teks
Nilai Murni : Kasih Sayang , Bekerjasama dan Bersyukur
Kemahiran : Kemahiran Berfikir - Menjana idea
Strategi Pengajaran : Pembelajaran Kontekstual – Hidup Berkeluarga
Langkah / Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti guru | Aktiviti Murid | |||
Set Induksi (5 minit) | 1.Guru mempamerkan gambar sebuah keluarga. | - Guru mempamer gambar sebuah keluarga dalam sambutan Hari Raya. -Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan diajar. -Bersoaljawab dengan murid mengenai gambar tersebut. Jangkaan jawapan murid. -Ayah -Ibu -Abang -Kakak -Adik | -Murid melihat dan meneliti gambar yang dipamerkan oleh guru. -Murid menjana idea berkaitan dengan gambar yang dipamerkan. | Bahan Bantu Mengajar - Benda maujud produk makanan. Kecerdasan Pelbagai : - Verbal linguistik - Interpersonal - Kontekstual - Intrapersonal Kemahiran Berfikir : - Menjana idea - Mengenal pasti - Menghubungkait-kan |
Perkembangan Aktiviti 1 (10minit ) | -Murid memejamkan mata sambil membayangkan kehidupan anggota keluarga mereka pada sangat membahagiakan. (Rujuk Buku Teks B.Melayu hal.2) | -Guru menyoal beberapa orang murid tentang ciri-ciri keluarga bahagia yang diidamkan oleh mereka. -Guru bersoal jawab dengan murid-murid. | 1. Beberapa orang murid diminta membaca petikan teks yang tersebut. 2. Murid dibimbing oleh guru untuk membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Murid-murid menyenarai-kan perkataan dicetak berwarna dalam petikan. | Bahan Bantu Mengajar: -Buku Teks Bahasa Melayu. Kecerdasan Pelbagai : - Verbal linguistik - Interpersonal Kemahiran Berfikir : - Menjana idea - Menghubungkait-kan - Mengenal pasti idea Nilai murni : -Menghargai -Disiplin -Bertanggung-jawab |
Aktiviti 2 15minit | -Secara berpasangan, murid berbual tentang keluarga masing-masing. | -Guru mengarahkan murid untuk berbual dengan rakan di sebelah berkaitan dengan keluarga masing-masing. -Guru menyoal murid tentang : a.Ibu b.Bapa c.Abang atau Kakak | -Murid bercerita dengan rakan mereka tentang keluarga masing-masing. -Murid bercerita berdasarkan soalan guru | Kemahiran Berfikir : -Menjana idea Menyusun atur |
Aktiviti 3 (15minit) | Aktiviti Pengukuhan -Lembaran kerja -Aktiviti kumpulan -Aktiviti Pengayaan dan Pemulihan Nota: Rujuk Lampiran Lembaran kerja | -Guru mengedarkan lembaran kerja berkaitan dengan tajuk pelajaran -Guru memberi bimbingan kepada murid yang masih tidak memahami | -Murid menerima lembaran kerja dari guru. -Murid menulis jawapan dalam lembaran kerja yang di edarkan. | Kemahiran Berfikir : -Menjana idea -Menghubungkait-kan -Mengenal pasti idea |
Aktiviti 4 (10minit) | Semakan tugasan Dan Bimbingan | -Guru menyemak tugasan murid -Guru memberi bimbingan -Guru minta murid membuat pembetulan jika ada kesilapan. | -Murid menghantar tugasan kepada guru. -Murid menerima bimbingan dari guru. -Murid yang membuat kesilapan akan membuat pembetulan. | Tatabahasa: -Kata Nama Kosa kata -asuh -jaga -hidup bahagia |
Penutup ( 5 minit ) | Rumusan Isi Pelajaran. -Guru merumus isi pelajaran dan penerapan nilai murni | -Guru membuat rumusan berkaitan apa yang telah dipelajari -Guru menerapkan unsur nilai murni dalam keluarga. | -Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru. -Murid membuat latihan pengayaan. | Kecerdasan Pelbagai : - Verbal linguistik - Interpersonal Nilai murni : -Menghargai jasa ayah dan ibu -Kesyukuran -Tanggungjawab |
Impak :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. Murid-murid juga aktif semasa sesi soal jawab. Murid-murid dapat mencari makna perkataan daripada petikan yang diberi. Murid-murid dapat membina ayat daripada perkataan yang diberi.dan dapat menyatakan mesej yang terdapat dalam petikan.Selain itu,murid-murid dapat menjawab soalan kefahaman yang dikemukakan.